PENGENALAN

Lif merupakan salah satu alat pengangkutan yang digunakan untuk menggerakkan orang atau barang secara menegak dengan menggunakan kereta lif. Pada masa kini, penggunaan lif memberi kemudahan naik dan turun kepada masyarakat di bangunan yang tinggi. Setiap lif memerlukan penjgaan dan penyelenggaraan yang berjadual bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat untuk kemudahan pengguna.

APAKAH PERANAN JKKP

Mengikut seksyen 19, Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), lif merupakan suatu jentera yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan (CF). Pegawai JKKP akan memeriksa lif setiap 15 bulan sekali dan CF diperbaharui.

APAKAH TANGGUNGGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMILIK/PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN

Sebagai pemilik/pihak Pengurusan bangunan anda mestilah:

  • Melantik firma yang kompeten berdaftar dengan JKKP bagi melakukan pemeriksaan dan penyenggaraan ke atas lif.
  • Memastikan lif disenggara secara berjadual oleh firma kompeten.
  • Mempamerkan nombor pendaftaran lif yang dikeluarkan oleh JKKP.
  • Menyediakan pelan tindakan kecemasan apabila berlaku sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan.
  • Melaporkan sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan yang berlaku kepada JKKP dengan segera.

APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Sebagai seorang pengguna anda mestilah :

  • Mematuhi dan mengamalkan cara selamat dan tertib semasa menggunakan lif.
  • Memahami maklumat-maklumat berkaitan dengan keselamatan penggunaan lif.
  • Melaporkan segera kepada Pihak Penggurusan Bangunan sekiranya terdapat kerosakan, masalah berkaitan lif seperti vandalisma dan kejadian berbahaya atau kemalangan yang berlaku.

PENGGUNAAN LIF YANG SELAMAT DAN TERATUR

  • Dilarang merokok di dalam lif.
  • Menjaga tingkahlaku ketika berada di dalam lif. Melompat dan bermain di dalam lif boleh mengaktifkan alat kecemasan dan menyebabkan lif berhenti.
  • Bagi memastikan perjalanan lif adalah lancar, tekan butang lif ke aras yang dikehendaki sahaja.
  • Kanak-kanak hendaklah diiringi orang dewasa samasa menaiki lif.
  • Berhati-hati semasa masuk/keluar lif. Pastikan lantai kereta lif adalah searas dengan lantai pendaratan.
  • Sekiranya lif yang hendak dimasuki penuh, sila tunggu lif yang seterusnya. Patuhi muatan (jumlah penumpang dan beban) seperti yang dipamerkan pada notis di dalam lif.
  • Sekiranya berlaku kebakaran atau bencana lain yang mengakibatkan gangguan bekalan elektrik, jangan gunakan lif. Gunakan tangga untuk keselamatan.
  • Dilarang melakukan vandalisma atau merosakkan mana-mana bahagian lif seperti lantai lif, butang lif, dinding lif atau bermain dengan butang kecemasan.
  • Tidak dibenar membiarkan pintu lif terbuka seperti menghalang dengan sesuatu objek. Ciri keselamatan adakan reaktif sekiranya pergerakan pintu lif terganggu.
  • Tekan butang BUKA PINTU berterusan jika ingin pintu lif terus dibuka, atau menyuruh penumpang lain untuk melakukannya. Ini bagi membenarkan pengguna keluar atau masuk dnegan sempurna.

PROSEDUR KECEMASAN SEKIRANYA TERPERANGKAP DI DALAM LIF

A. Tindakan Pengguna Yang Terperangkap

  • Bertenang, jangan panik. Tekan butang penggera berulang kali untuk menarik perhatian orang yang berada di luar atau penyelamat.
  • Bercakap melalui panel interkom kepada penyelamat.
  • Tunggu sehingga bantuan tiba.
  • Jangan cuba keluar dari lif dengan membuka pintu lif dengan kekerasan atau secara paksa.

B. Tindakan Mereka Yang Mengetahui Pengguna Yang Terperangkap Dalam Lif.

  • Hubungi terus Pihak Pengurusan atau Syarikat Penyeenggara Lif dengan secepat mungkin untuk bantuan.
  • Sekiranya gagal, cuba hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  • Anda tidak dibenar untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam lif.
  • Jangan cuba buka pintu dari luar dengan kekerasan atau secara paksa.

Source: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *