Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Mukah ini dibangunkan diatas tanah gambut dan tanah liat. Ianya dibuka pada tahun 2015 dan boleh menampuang seramai 2000 pelajar. Kemudahan lain merangkumi Kompleks Pentadbiran, Blok Fakulti, Perpustakaan, Pusat Pelajar, Pusat Islam, Bangunan Kafeteria, Unit Kesihatan, Kolej Kediaman, serta banyak lagi kemudahan bertaraf moden khusus bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar. Landskap yang dibangunkan oleh pihak konsesi merupakan suatu konsep yang biasa didapati dipersekitaran bangunan komersial / persekitaran perbandaran. Namun begitu, cabaran yang dilalui oleh pihak konsesi adalah bagaimana ingin mengekalkan pertumbuhan yang mampan berikutan dengan topografi kawasan gambut dan juga tanah liat. Beberapa bahagian kawasan landskap terdiri daripada kawasan tepian kolam yang mempunyai kandungan air yang tinggi manakala dibeberapa bahagian lain, boleh dilihat struktur permukaan tanah yang lembab dan telah memberi impak yang signifikan terhadap perkembangan landskap setelah 8 tahun kampus ini beroperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *